SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT


Bismillahirahmanirahim,


Assalamualaikum, warahmattullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang ke laman web rasmi Bahagian Perancangan Korporat.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan rahmatNya dapat kami membangunkan laman web BPK ini dengan matlamat menjadikan ianya sebagai salah satu saluran penyebar maklumat strategik universiti kepada warga kampus.

Bahagian Perancangan Korporat merupakan entiti yang telah dipertanggungjawabkan untuk bertindak sebagai ‘Think Tank’ kepada Pihak Pengurusan Universiti. Bahagian ini memberi fokus terhadap masa hadapan dan hala tuju universiti bagi memastikan UPM kekal sebagai sebuah institusi yang kompetetif. Cabaran globalisasi pendidikan tinggi yang dinamik menuntut UPM untuk bekerja dengan lebih efisien dan kreatif bagi merealisasi visi dan misinya. Dengan mendukung wawasan dan misi UPM, Bahagian Perancangan Korporat bertekad untuk terus memajukan UPM menjadi Universiti bereputasi antarabangsa.

Akhir kata dari saya, kami berharap semua warga UPM akan dapat manfaat dari laman web ini dan kami juga mengalu-alukan semua warga UPM untuk terus memberikan sokongan, pandangan, pendapat dan maklum balas bagi memastikan kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik di universiti ini.

 

Sekian, terima kasih.

BERILMU, BERBAKTI

Prof. Madya Dr. Nor Kamariah Noordin
Pengarah Perancangan Korporat